Rabu, 26 Jun 2013

Kek coklat cheese dan kek karamel untuk tempahan 2013

Kek chocolate cheese saiz 8'x8' harga RM32

Kek karamel saiz 8'x8' harga RM32

Tempahan hanya area Melaka sahaja...berminat sila hubungi mas 0136113040 (Batu Berendam).

Selasa, 21 Jun 2011

Dulu2 1985

Lama rasanya tak tulis kat blog ni...sibuk. Kali ni nak cerita tentang gambar aku yang baru dijumpai dlm pasport Singapura mak. Kat pasport tu ada gambo akak aku sekali. Sebenarnya pasport tu baru je jumpa sbb mengemas rumah kt kg (mak buat rumah baru dan ubahsuai sikit rumah lama).
comel tak?...;D
Masa ni umur aku baru 10 thn. Tembam sikit...... 
Alang (Alirah)

Abah


Emak

Isnin, 13 Disember 2010

Aktiviti cuti sekolah....

 Cuti sekolah kali ni tak merancang pun nak gi mana...tapi secara tiba-tiba banyak juga aktiviti yang dibuat.


Alif suka petik strawberi, walaupun pegang gunting guna 2 tangan


Gi Cameron Highland, apa lagi kitaorang memetik strawberi. Setengah kilo RM25...nak rasa petik strawberi, bayar je le.... 
 Pergi mandi kat Wonderland Ayer Keroh. Seronok juga bawa anak-anak mandi kat situ. Harga tiket mahal juga masa cuti sekolah, dewasa RM30 dan kanak-kanak RM25. Alif suka main gelonsor, masalahnya nak naik tinggi...penat... Tapi masa aku bawa Alif  turun gelonsor, rasa takut pulak, dekat nak tiba bawah, gelonsor tu tak licin, so terberhenti kat situ. Tiba-tiba ada sorang nyonya datang dari belakang terus tolak aku dan Alif jatuh dalam air. Aduhhh....sakitnya punggung ni... lepas tu aku tak naik lagi....

 
Yg nak bergambar anak tapi emak yg pose lebih
Lepas mandi, terus ke Zoo Melaka. Tapi hujan lak....lepas sejam, hujan renyai. Beli baju hujan RM2 satu.
Pose menarik...



Pergi Pulau Pangkor, tak banyak aktiviti kat sana. Pergi pagi, balik petang. Cuma bawa anak-anak mandi  kat Teluk Nipah.


Isnin, 1 November 2010

Flower Girls

Flower Girls 2010
Ini le flower girls untuk 2010. Disebabkan baju dah dijahit cantik, jadi rugi le kalau guna sekali je... So, kalau ada yang teringin nak guna flower girls sila le kawin cepat, sementara baju masih muat.

Sape yang lebih cantik? Pak Andam kot....